*Please click on the title to view the photos.

Engagement Zalmi & Azizul Hakim at Bintulu, Sarawak

Salam semua,

Kesinambungan daripada entry yang lepas, saya telah berjanji untuk menceritakan tentang majlis pertunangan kakak saya pada malam 18 April 2009. Siang hari tersebut berlangsung majlis akad nikah abang saya, yang bertempat di rumah pengantin perempuan. Bolehlah dikatakan majlis kali ini adalah 2-in-1, hehe.. Segala gambar ayng dipamerkan di bawah ini bukanlah dalam bentuk album, hanya sekadar untuk menjimatkan ruang kerana blogspot hanya memberikan ruang sebanyak 1GB sahaja untuk ‘upload’ gambar.

Semua barang hantaran telah dikemaskan, juga untuk pihak lelaki dimana mereka akan mengambil barang hantaran hanya dari rumah tingkat bawah. Persiapan di pihak perempuan bermula selepas maghrib. Saya berkesempatan untuk merakamkan suasan di bilik pihak perempuan dimana beliau telah diandam sendiri oleh kakak yang sulung.



Majlis bermula selepas Solat Isyak kira-kira pukul 20.00pm. Rombongan lelaki datang dan berehat sebentar di rumah tingkat bawah sebelum mereka membawa barang hantaran ke tingkat atas dimana akan berlangsungnya Majlis Pertunangan.

Perbincangan di pihak lelaki dan perempuan dimulakan, setelah dipersetujui acara menyarung cincin pun berlangsung. Si dara dijemput untuk duduk berhadapan dengan ibu si teruna, untuk acara menyarung cincin. Sebaik rasminya pertunangan, bacaan doa bergema sebagai tanda syukur ke hadrat Allah swt semoga pertunangan kedua-dua belah pihak berkekalan sehingga ke jinjang pelamin.



Tetamu yang hadir dijamu dengan juadah ringan sebelum dihidangkan juga makan malam. Saya mengambil kesempatan untuk merakam gambar kedua-dua lelaki dan perempuan, melakukan seberapa banyak ‘pose’ sebelum majlis bersurai. Gambar bersama ibu dan ayah juga dirakamkan untuk kenang-kenangan. Majlis bersurai lebih kurang pukul 22.00pm.



Pihak lelaki kembali semula ke hotel pada malam tersebut untuk berehat dan menghadiri Majlis Perkahwinan abang saya pada keesokan harinya. Pihak lelaki kembali semula ke Kuala Lumpur pada petang 19 April 2009. Majlis perkahwinan dijadualkan pada 14 Jun 2009 di Bintulu, Sarawak. Tunggu sehingga Jun 2009 untuk menatapi album hasil kerja saya yang seterusnya :D

0 comments:

Post a Comment