*Please click on the title to view the photos.

Wedding Ahmad Reduan & Nurulhafizza | Slim River, Perak & Puchong, Selangor

Salam semua,

Terima kasih kepada pembaca yang masih setia untuk mengikuti perkembangan blog ini~~ :D

Perkenalan saya dengan kedua mempelai adalah melalui seorang kawan dari dunia maya iaitu Fitri (Leman aka Raja Lawak) yang sama-sama bermain permainan online 'Travian'. Setelah perbincangan dan persetujuan dibuat, maka mereka bersetuju untuk mengambil saya sebagai 'photographer' untuk majlis di Slim River dan Puchong. Untuk majlis ini, saya dibantu oleh Fandy Taher, rakan photographer sebagai back-up. Album kali ini menampilkan rekabentuk terbaru, iaitu gabungan 'leather' dan 'canvas' dengan ukuran 10 x 12.

Ini adalah satu pengalaman yang baru kerana majlis bagi kedua2 belah pihak tidak ada majlis persandingan, mereka hanya mengadakan Majlis Makan Beradab. Ini adalah kelebihan bagi 'photographer' yang menawarkan perkhidmatan 'unlimited shoot' kerana mereka akan merakam segala peristiwa yang berlaku dari sebelum majlis bermula sehingga majlis berakhir. Satu kelebihan juga kepada 'photographer' untuk majlis yang unik ini iaitu 'photographer' akan merakam secara terperinci majlis tersebut kerana ia bukanlah majlis perkahwinan yang biasa diadakan oleh kebanyakan daripada pasangan yang akan berkahwin. Majlis yang unik memberi kelebihan kepada 'photographer unlimited shoot' kerana segalanya adalah pengalaman baru, yang mana pengalaman baru akan memerlukan lebih tumpuan untuk sebarang peristiwa yang berlaku di dlaam majlis.


Cover page


17 Julai 2009 adalah hari yang bersejarah buat Ahmad Reduan (Wan) dan Nurulhafizza (Nurul) kerana mereka telah selamat diijabkabulkan dan sah bergelar sebagai suami isteri. Majlis akad nikah diadakan secara sederhana, selepas Solat Maghrib, di Masjid Ehsaniah Kampung Kelan, Slim River, Perak.


Page 1



Page 2


Selepas Solat Isyak, diadakan majlis marhaban di rumah pengantin perempuan dan bacaan doa selamat. Kami mengambil kesempatan untuk melakukan sedikit rakaman didalam bilik pengantin termasuk merakam hantaran dari kedua-dua belah pihak. Majlis pada malam itu tamat lebih kurang pukul 10 malam.


Page 3


Keesokan harinya, 18 Julai 2009 Majlis bermula pada pukul 12 tgh hari. Sebelum itu, saya mengambil kesempatan untuk merakam kedua-dua mempelai bersiap. Saya merakam pengantin perempuan di rumah pengantin perempuan manakala sahabat saya, Fandy Taher merakam pengantin lelaki di rumah penginapan berdekatan.


Page 4


Majlis pada hari tersebut agak meriah dengan kedatangan saudara mara dan sahabat handai kedua-dua mempelai. Majlis bermula agak lewat sedikit iaitu menghampiri pukul 1 tgh hari, walau bagaimanapun segala perancangan berjalan dengan lancar.


Page 5



Page 6



Page 7


Selepas majlis selesai lebih kurang pukul 4.30 ptg, kami meneruskan sesi rakaman dengan acara outdoor di tasik proton city. Cuaca ketika itu agak mendung sedikit, tetapi itu tidak menghalang kami untuk melakukan sesi rakaman outdoor. Kreativiti photographer adalah sangat penting walau dalam apa jua keadaan, kerana ia akan mempengaruhi kualiti gambar yang diambil. Photographer yang kreatif akan membuatkan gambar kelihatan cantik walaupun suasana ketika itu tidak begitu memberansangkan. Sesi outdoor berakhir lebih kurang pukul 5 ptg, dan kami meneruskan perjalanan kembali ke Shah Alam meninggalkan pengantin di Slim River, dan akan berjumpa kembali seminggu kemudian untuk majlis di Puchong pula.


Page 8



Page 9


Majlis di Puchong, Selangor diadakan di Rumah Ibubapa pengantin lelaki, pada 26 Julai 2009. Saya tiba di rumah kedua mempelai seawal jam 11 pagi untuk merakam suasana persiapan kedua mempelai dan majlis. Sama seperti majlis di Slim River, di Puchong juga hanya diadakan Majlis Makan Beradab. Tetamu yang hadir tidak putus2 sehingga jam 5 ptg. Untuk majlis di Puchong, saya merakam gambar seorang diri kerana sahabat Fandy Taher mempunyai tugas lain yang perlu diselesaikan.


Page 10



Page 11



Page 12


Pada pukul 5.30 ptg, kami bergegas ke lokasi outdoor yang hanya berdekatan dengan rumah pengantin iaitu Masjid Terapung Puchong Perdana. Suasana hari tersebut adalah sangat sesuai dengan cuaca yang cerah dan langit kebiruan. Kami merakamkan pelbagai aksi yang dirasakan sesuai, sehingga jam menghampiri pukul 6.50 ptg. Setelah segalanya selesai, barulah kepenatan itu terasa. Kami bersurai sebaik sahaja sesi rakaman tamat, dan album nya siap sebulan kemudian iaitu secara rasminya diserahkan kepada pengantin pada 4 Ogos 2009 pukul 11 malam.


Page 13



Page 14


Termasuk di dalam pakej ini adalah 'Photo enlargement' jenis canvas berukuran 12 x 18 dengan frame berwarna keemasan yang eksklusif. Di atas permintaan pengantin, saya mencetak satu lagi 'photo enlargement' jenis matt berukuran 8 x 12 (lebih kurang saiz A4) dan tiada frame, dan ia adalah F.O.C (free of charge). Dan juga F.O.C outdoor di Puchong, Selangor.. :D Kenapa? Kerana saya seronok bekerja dengan kedua-dua mereka yang tidak banyak kerenah dan senang untuk bekerjasama. Semoga kita berjumpa lagi di 'entry' yang akan datang~~

0 comments:

Post a Comment