*Please click on the title to view the photos.

Wedding Mad & Wani | Buloh Kasap, Segamat, Johor

Salam semua,

Taraaa, lama juga ya saya menyepi.. Masa sentiasa tidak menyebelahi saya untuk bermain-main di blog saya sendiri. Adakala kerana urusan kerja, adakala kerana urusan peribadi, malah kerana urusan fotografi ini sendiri~~

Kali ini saya menampilkan album terbesar yang saya reka setakat ini iaitu 12 X 12. Bagi saya, memang puas untuk menatap gambar dengan album sebesar ini. Pengantin lelaki merupakan sahabat saya yang juga partner 'sparring' saya di dalam Silat Seni Gayong. Kisah percintaan kedua-dua nya bermula semenjak di Matrikulasi lagi, walau terpisah bila berada di universiti; si teruna di UiTM Shah Alam manakala si dara pula di UNIMAS Sarawak. Jarak tidak pernah memisahkan keduanya sehingga mereka mengikat tali pertunangan pada bulan Februari 2009 (saya merupakan photographer pada masa tersebut) dan melangsungkan perkahwinan mereka pada 30-31 Oktober 2009; kedua-duanya sah sebagai suami dan isteri. Untuk merakam detik-detik indah mereka, berganding dengan rakan sepejabat saya yang juga merupakan boss saya sendiri iaitu Shajoeril; kami merakam fotografi beserta videografi. Ini merupakan percubaan kami kali pertama untuk videografi menggunakan vDSLR dengan format HD (High Definition), dan hasilnya adalah seperti di bawah ini...


Mulai tahun 2010, kami ada menawarkan pakej videografi dengan menggunakan vDSLR. Izinkan saya menjelaskan serba sedikit berkenaan dengan pakej videografi yang kami tawarkan. Kami menggunakan vDSLR, iaitu camera DSLR yang mempunyai fungsi untuk merakam video dengan format HD (High Definition). Termasuk didalam pakej ini adalah video yang telah disunting dengan montaj yang menarik selama lebih kurang 20 minit, 'highlighted video clip' seperti contoh di atas selama 3-5 minit, dan tiga (3) salinan DVD. Pakej videografi yang kami tawarkan bermula dengan harga serendah RM5XX. Sila hubungi kami untuk mendapatkan sebutharga, dengan disertakan butiran lanjut tentang majlis anda seperti tarikh, masa, lokasi, dan yang penting, majlis yang ingin kami rakam.

Kembali kita kepada Majlis Perkahwinan Muhd Nurkhairunizam bin Yazid dan Norzawani bt Zulkeplee, Majlis Pernikahan mereka berlangsung di rumah pengantin perempuan iaitu bertempat di Kampung Kuala Paya, Buloh Kasap, Segamat, Johor.


Cover page



Majlis pernikahan mereka diadakan secara sederhana tetapi meriah dengan kehadiran para tetamu daripada kedua belah pihak.


Page 1



Page 2



Page 3


Akad berwali, lafaz bersaksi; maka sahlah keduanya menjadi suami dan isteri. Majlis berehat sebentar dan bersambung semula selepas waktu Isyak. Sementara itu para tetamu dijemput untuk menjamu selera. Majlis malam berinai berlangsung dengan meriah; pengantin kedua-duanya mengenakan pakaian traditional melayu berwarna kuning. Tetamu daripada kedua-dua pihak tidak melepaskan peluang untuk menepung tawar kedua-dua mempelai, dengan silih berganti. Menyusul selepas majlis malam berinai adalah majlis tukar baju. Sebelum menukar ke baju yang seterusnya, kedua-dua mempelai dirakam dengan pakaian malam berinai yang menyerlah dengan warna kuning. Untuk majlis tukar baju, lelaki mengenakan satu jenis baju iaitu suit dan gaun bagi perempuan. Selepas itu, pengantin perempuan menggayakan pakaian cina, melayu Perak dan India.


Page 4



Page 5



Page 6



Page 7


Majlis pada malam itu berakhir lebih kurang pukul 1 pagi, tetapi kedua-dua mempelai masih bertenaga untuk meneruskan rakaman sehingga tamat. Selepas itu, kedua-duanya menghabiskan masa dengan berkaraoke, juga atas permintaan ayah pengantin perempuan. Sesudah itu, barulah kami bersama pengantin lelaki kembali ke Gemas dan mencari hotel di sekitarnya untuk penginapan pada malam tersebut. Keesokan harinya, selepas bersarapan iaitu kira-kira pukul 10 pagi, kami merakam majlis bacaan Yasin, khatam Al-Quran dan cukur jambul. Di samping itu, kami mengambil kesempatan untuk merakam gambar pengantin perempuan yang sedang diandam di bilik pengantin yang berlangsung pada waktu yang sama. Pengantin lelaki dijangka tiba pada pukul 1 petang.


Page 8



Page 9


Dari jauh kedengaran paluan kompang menandakan pengantin lelaki tiba, melangkah bak pendekar. Diiringi dengan pesilat-pesilat lagak hulubalang istana, raja sehari mengatur langkah untuk bertemu dengan permaisuri. Dengan penuh sopan, permaisuri menyambut raja: mengalukan kedatangannya ke istana.

Sebelum pengantin lelaki dibenarkan melangkah masuk ke rumah, adatnya dikenakan 'tol' terlebih dahulu. Memang telah dijangka dan telah disediakan sejumlah 'angpow' untuk diberi sepanjang langkah ke pelamin. Pengantin duduk sebentar di pelamin sambil merakam gambar berkumpulan bersama keluarga, sebelum keluar ke meja makan beradab. Majlis pada petang itu diserikan lagi dengan pencak silat, ditarikan keris bak pendekar. Selesai majlis makan beradab, acara potong kek pula menyusul. Majlis berakhir kira-kira pukul 4 petang.


Page 10



Page 11



Page 12


Selepas berehat sebentar, kami meneruskan sesi rakaman outdoor kedua-dua mempelai yang mana kami tawarkan sebagai percuma. Dirakamkan di taman yang berdekatan, pengantin diminta untuk menggayakan pelbagai 'posing' untuk gambar kelihatan hidup, pelbagai teknik dan lensa juga digunakan. Pengantin memberi sepenuh kerjasama, di samping kedua-duanya seronok untuk bergaya di hadapan kamera. Sesi outdoor tamat menghampiri jam enam petang.


Page 13



Page 14



rear cover


Kami balik pada petang itu dengan kepuasan kerana majlis dirakam dengan sepenuhnya dan misi kami untuk mencuba videography dengan menggunakan vDSLR juga berjaya. Kami akan lebih puas jika pelanggan kami juga gembira dengan perkhidmatan yang kami berikan. Berjumpa lagi di entry yang akan datang. :D

0 comments:

Post a Comment